Layan gbr je lah dulu ye. Free nanti saya bg story...
K, boleh dah bukak cerita. Terkujat kejap tadi dengar berita pemergian Michael Jackson.. :cry: Hilang plak mood..
1a) Baju 'mak cik' ni sama dengan baju hijau dia tempohari. (Baju tgn alibaba juga). Sebab kemalasan berlipat ganda telah melanda, jadi cuma ini ajelah gambar yg dapat diambil... Yg baju merah anak makcik tu, Adam. Yang budak comot baju hijau ialah "cucu SAUDARA" beliau..Qaseh. (Qaseh anak kepada Rina).
1b) Mak cik ni bersama rakannya ala2 macam mami jarum p majlis kenduri... bukan setakat tayang barang2 kemas ye puan2.. tayang sekalilah manik2 mereka ittew...
2) Dah tak ingat betul baju sape.. tak silap baju dari Aily tailor. Dia kasi kain terus 4 meter yg belum jahit :-D Senang tapi susah... (saya kena simpul yang 3 meter yang tidak perlu dijahit itu..) Taubat tak nak buat lagi....
3) Baju Yaya. Dah saya masukan gambar tempohari tapi tak clear. Gambar ni saya snap waktu dia pakai masa jumpa di majlis kenduri keluarga saya.
Dzila - Tgk live baju Yaya ni pun cantik jugek. Yg suka simple2 bole cuba design ni
Sally - Masukkan 8 manik merah , parking menegak. Parking jgn jauh sgt. Jarak dalam 0.4cm naikkan jarum kat sebelah yg kita parking tadi. masukkan lg 8 manik kuning dan menyusup bawah manik merah kemudian parking lurus selari dengan manik kuning. (Guna manik round je tau) Ada faham kalu???
Meorjay - TQ
Angahsu - akak sihat. Awak pun rancak juga.. nak raya ni lagilah kan..
Merah silver - ambil tempahan dan kelas, contact akak dulu ye
Bowtaque - :-D