Kena berhenti sekejap menjahit manik. Tak tahan jari manis sebelah kanan dah sakit, kebas n berdenyut2. Kalau ku teruskan takut kejang lah pulak. Minggu ni dah berapa pasang jahit dah, ada antara baju ni dah siap tangan, sambung badannya pulak. Begitulah sebaliknya. Ni antara contohnya :-
Baju ni nak pakai esok sambutan Maulud Nabi di IPD Cheras. Gambar tangannya dah paste sebelum ni. Jadi dah berbincang dengan semua ahli Perkep, sepakat buat beberapa kuntum bunga di depan baju. (badan). So, inilah hasilnya. Bunga yang sediaada kecik je, lukis sendiri jadi besar. Motifnya masih dikekalkan. Ada 3 kuntum bunga...
Rasanya sebelum ni ada paste gambar batik ni, masa tu cuma jahit kat depan baju (badan) je. Tangannya masih kosong waktu tu. Kain ni beli daripada Ann WMC. Ini gambar tangannya...
Kuntuman besar ni kat sait (betul ke eja??) lengan baju. Yang kuntuman kecil tu kat sebelah kiri kanan lengan.
Yang kuntuman kecil tu kat sebelah kiri kanan lengan.
Ini uniform baru KM. (Kilauan Mustika)... Semua tenaga pengajar mesti jahit manik/labuci kat baju masing2. Ini tuan tanah punya, siap jahit petang tadi....
Ini lah baju queen double sepupu hubby tu. Dah siap pagi tadi...Kat tangan je. Dia ustazah, tudung labuh, tak perlu buat kat leher. Cuma dia minta buat kat badan. Nanti sambung sebab bunganya besar n idea belum sampai...
KM :
Sarimah - Tq kerana rajin datang sini. Sekarang muzz kerap update sebab tangan tak bole menjahit..Ini pun sakit lah juga tapi tak sesakit sewaktu menjahit. Suami u tugas di mana?? Nak belajar advance bole, call me ok... Dah ada asas ke??
Pn Norma - sakit jari telunjuk? Itulah.. kena rehat kan. Kalau dah ok baru saya nak mula balik
Rozie - mana? mana? bak sini nak tengok uniform awak plak
Haida - akak sedang berusaha ambil gambar step by step buat semua patern yang di ajar. Tapi asik lah tergendala...Bole tolong?? LOL
Sarimah, sms no fon. Den bab2 email ni adoi lah punyo maleh eh :P .
Haida... jgn merajuk :-D kalau teori je bole faham ke? Haida ambil 7 manik bulat (round) warna kuning, jahit lurus ke atas, parking. Kemudian jarak dalam 0.5cm naikkankan jarum selari dengan tempat haida parking tadi. Masukkan 7 manik bulat warna silver haida susupkan bawah 7 manik bulat warna kuning tadi. (dia jadi bersilang) Adoi da.. bole faham tak???